Showing posts with label mpob. Show all posts
Showing posts with label mpob. Show all posts

Sunday, 23 February 2014

UNIT PROTEIN DAN TEKNOLOGI MAKANAN

Assalamualaikum... *sila jawab, tak jawab dosa. ececece ;) 

Saya perkenalkan diri, nama samaran Miss Blur. Izinkan saya membahasakan diri kau aku. Tak formal, tapi buat kita sejiwa. Konon-kononnya. 

Aku buat latihan industri dekat MPOB. Nama panjangnya Malaysian Palm Oil Board. Ramai jugak yang internship dekat MPOB ni. Mana-mana yang minat dalam bidang R&D research and development ni boleh la buat permohonan untuk internship dekat sini. Seronok.... Sebab aku suka benda-benda reasearch ni. InsyaAllah takkan menyesal. Aku ditempatkan di bahagian Food Technology and Nutrition. Setakat seminggu aku dekat MPOB ni, aku tak menyesal lagi la. Malah aku berasa gembira.... Mungkin sebab bahagian aku tu seronok dan penyelia aku yang agak sibuk minggu pertama aku masuk. Lepas ni mungkin aku pulak yang sibuk. Nak tahu apa aku buat? jeng jeng jeng....

Aku kena run experiment untuk buat product baru Vitamin E Emulsion. Nampak macam seronok, macam scary. Tapi aku suka. Seminggu pertama ni aku mencari bahan jela mengenai Vitamin E dan jugak process emulsion ni dilakukan. InsyaAllah by next week da boleh start run experiment. Tak sabar, excited. Elakkan menangis je lepas da buat. HAHAHA. 

Ada apa-apa perkembangan, aku akan menaip di blog ini. weeee. Selamat malam ! ^_^


-Miss Blur-



Thursday, 20 February 2014

Unit pemakanan, MPOB

Salam, Hai !

Haha, semua macam tak nak start dulu.. Tak pe, biar saaaya yang mulakan :)

Bila baca surat tawaran dapat Unit Pemakanan, assume akan buat test on product lah. Tapi bila sampai-sampai, jumpa supervisor (alhamdulillah, baik, lembut orangnya), beliau berkata:

" Hmm, awak food-tech ye? saya tak tahu awak belajar apa tapi mungkin ada kaitan sikit je la. lebih kepada bio-tech saya rasa *angguk angguk tak pe~ saya okay je*. Saya sekarang tengah buat research, so, awak tolong staff saya lah. Awak nanti buat kerja-kerja berkaitan dengan tikus taw. Saya harap awak okay."

HAHA. Termangu seketika. Nasib baik bukan jenis geli nak pegang (with gloves) tikus putih bersih gebu comel itu.

Research yang Dr. jalankan macam, beri makanan tikus (diet namanya) bersalutkan 3ml minyak (lain-lain jenis). So, nanti at the end of research, apa yang jadi kat tikus tu.

Pretty interesting sebenarnya walaupun kerja ngan tikus. haha. Tikus putih. Bersih gilaaa.

Nanti dah mintak izin ambil gambar kita update yewp :)

Tak semua unit pemakanan macam ni, ikut supervisor :)