Tuesday 25 February 2014

Internship Interview Part 1

Alright, selamat pagi.

Siapa pernah terfikir, apply untuk LI takkan ada interbiu. LI je pun. Wat pe interbiu bagai.
ye dop?

Haha. hapuskan andaian sebegitu.


Tak tahu la nak label diri ni bertuah ke tak. Untuk dapatkan tempat LI ni, terpaksa pergi DUA interbiu.

Yang mana, dua-dua tu tak dapat pon. HAHA. Dia bukan terpaksa yang macam 'mak suruh! kena pergi jugak!' tapi.... first thought dia macam ni

"malasnya nak pergi interbiu ni, banyak lagi tempat lain mintak, insyaAllah dapat kot yang lain ni. tak yah pergi lah interbiu ni"

and the second thought came,

"macam mana kalau tempat yang tak ber-interbiu ni tak dapat? mampus den. nanti kang extend 1 tahun kang xsempat LI"

....so, decide pergi. xD
Jadi, dah ada 2 pengalaman interbiu ni, nak share lah sikit. Huuu

Pertama-tamanya, jangan lupa bawa sebatang PEN. At least sebatang, nak bawak pencil box full set pon takda hal. Tak jadi isu.



First interbiu dapat dekat area Semenyih. Jauh bak hang dari rumah. 20 minit tak kurang. Datang interbiu bawak handbag (purse, phone, dll), fail berisi salinan asal sijil2, transkript peperiksaan, salinan fotokopi sijil dan transkript, serta bawa juga beberapa keping nota oil and fats memandangkan company dia company processing oil.

Datang-datang dekat front desk. Miss tu bagi borang and minta saya isi borang tu.

Rasa nak hantuk kepala kat meja sambil menyumpah diri sendiri. Tapi, nak buat macam mana, so, berani laa suarakan.

"miss, may I borrow a pen?"

I will never forget the expression she gave me. Mata dia macam ' heh? tak bawa pen pergi interbiu?' ;(

Interbiu kali kedua, area Balakong je. 10 minit tak lebih dari rumah. Kalau dapat ke syarikat ni, tak sempat tempuh jem area depan Mines pon. Betapa nikmatnya kalau dapat kat sini. Syarikat di Balakong ni, syarikat buat YEAST and bakery ingredients.

''which area do you prefer for your internship period?'' 
Kita ni pun jujur jawab la processing line. 
"why processing line?"
sebab nak cuba benda baru, works with machineries, exposekan diri dengan how the product is made and how industry works (lebih kurang macam tu saya jawab)
"tapi, kalau you intern dekat sini pon you takkan dapat kerja dekat processing line. For the whole 6 months, you will work with me, buat documentation sahaja."


Untuk yang desperate untuk tempat LI (macam akuuuu haha), kena pandai bagi jawapan. tengah2 desperate, di jawab pulak kau favor certain area. Ikut nya dapat macam interbiu kedua ni. bye bye lew. huuu.

Anyway, miss tu kata, dia taknak kita buang masa internship 6 bulan (dia kata lama woo) buat benda yang kita tak minat, dan selepas itu, tak ku mengharap apa-apa lagi. Tapi Alhamdulillah, rezeki ada. Dapat jugak tempat LI. 


Yang penting jangan putuih asa ^^

1 comment: