Sunday 23 February 2014

UNIT PROTEIN DAN TEKNOLOGI MAKANAN

Assalamualaikum... *sila jawab, tak jawab dosa. ececece ;) 

Saya perkenalkan diri, nama samaran Miss Blur. Izinkan saya membahasakan diri kau aku. Tak formal, tapi buat kita sejiwa. Konon-kononnya. 

Aku buat latihan industri dekat MPOB. Nama panjangnya Malaysian Palm Oil Board. Ramai jugak yang internship dekat MPOB ni. Mana-mana yang minat dalam bidang R&D research and development ni boleh la buat permohonan untuk internship dekat sini. Seronok.... Sebab aku suka benda-benda reasearch ni. InsyaAllah takkan menyesal. Aku ditempatkan di bahagian Food Technology and Nutrition. Setakat seminggu aku dekat MPOB ni, aku tak menyesal lagi la. Malah aku berasa gembira.... Mungkin sebab bahagian aku tu seronok dan penyelia aku yang agak sibuk minggu pertama aku masuk. Lepas ni mungkin aku pulak yang sibuk. Nak tahu apa aku buat? jeng jeng jeng....

Aku kena run experiment untuk buat product baru Vitamin E Emulsion. Nampak macam seronok, macam scary. Tapi aku suka. Seminggu pertama ni aku mencari bahan jela mengenai Vitamin E dan jugak process emulsion ni dilakukan. InsyaAllah by next week da boleh start run experiment. Tak sabar, excited. Elakkan menangis je lepas da buat. HAHAHA. 

Ada apa-apa perkembangan, aku akan menaip di blog ini. weeee. Selamat malam ! ^_^


-Miss Blur-



No comments:

Post a Comment