Friday, 7 March 2014

Working Environment

How's your day? How yesterweeks going? Hope everything just fine :)

I am pretty curious on how your working environment going.
Is everyone at your working place very punctual ?
Or they check in at 8 but they merayau merayau and makan and will start doing work at 8.30 am ?

errr, should we include this in our report too ?
HAHAHA

But, isn't time management important ?

I feel bored . So, I write something .
:)
But, well. We don't know how our future will be, 
so, lets do our best and show the best integrity as a UPM student :)

Tuesday, 25 February 2014

Internship Interview Part 1

Alright, selamat pagi.

Siapa pernah terfikir, apply untuk LI takkan ada interbiu. LI je pun. Wat pe interbiu bagai.
ye dop?

Haha. hapuskan andaian sebegitu.


Tak tahu la nak label diri ni bertuah ke tak. Untuk dapatkan tempat LI ni, terpaksa pergi DUA interbiu.

Yang mana, dua-dua tu tak dapat pon. HAHA. Dia bukan terpaksa yang macam 'mak suruh! kena pergi jugak!' tapi.... first thought dia macam ni

"malasnya nak pergi interbiu ni, banyak lagi tempat lain mintak, insyaAllah dapat kot yang lain ni. tak yah pergi lah interbiu ni"

and the second thought came,

"macam mana kalau tempat yang tak ber-interbiu ni tak dapat? mampus den. nanti kang extend 1 tahun kang xsempat LI"

....so, decide pergi. xD
Jadi, dah ada 2 pengalaman interbiu ni, nak share lah sikit. Huuu

Pertama-tamanya, jangan lupa bawa sebatang PEN. At least sebatang, nak bawak pencil box full set pon takda hal. Tak jadi isu.



First interbiu dapat dekat area Semenyih. Jauh bak hang dari rumah. 20 minit tak kurang. Datang interbiu bawak handbag (purse, phone, dll), fail berisi salinan asal sijil2, transkript peperiksaan, salinan fotokopi sijil dan transkript, serta bawa juga beberapa keping nota oil and fats memandangkan company dia company processing oil.

Datang-datang dekat front desk. Miss tu bagi borang and minta saya isi borang tu.

Rasa nak hantuk kepala kat meja sambil menyumpah diri sendiri. Tapi, nak buat macam mana, so, berani laa suarakan.

"miss, may I borrow a pen?"

I will never forget the expression she gave me. Mata dia macam ' heh? tak bawa pen pergi interbiu?' ;(

Interbiu kali kedua, area Balakong je. 10 minit tak lebih dari rumah. Kalau dapat ke syarikat ni, tak sempat tempuh jem area depan Mines pon. Betapa nikmatnya kalau dapat kat sini. Syarikat di Balakong ni, syarikat buat YEAST and bakery ingredients.

''which area do you prefer for your internship period?'' 
Kita ni pun jujur jawab la processing line. 
"why processing line?"
sebab nak cuba benda baru, works with machineries, exposekan diri dengan how the product is made and how industry works (lebih kurang macam tu saya jawab)
"tapi, kalau you intern dekat sini pon you takkan dapat kerja dekat processing line. For the whole 6 months, you will work with me, buat documentation sahaja."


Untuk yang desperate untuk tempat LI (macam akuuuu haha), kena pandai bagi jawapan. tengah2 desperate, di jawab pulak kau favor certain area. Ikut nya dapat macam interbiu kedua ni. bye bye lew. huuu.

Anyway, miss tu kata, dia taknak kita buang masa internship 6 bulan (dia kata lama woo) buat benda yang kita tak minat, dan selepas itu, tak ku mengharap apa-apa lagi. Tapi Alhamdulillah, rezeki ada. Dapat jugak tempat LI. 


Yang penting jangan putuih asa ^^

Sunday, 23 February 2014

of internship : do's and dont's

bismillahirrahmanirrahim.

        
ah, buku yg nampak macam sedap tu sebenarnye buku log kami.
Segala macam benda kena catat dalam tu. hehe


         Pejam celik dah sampai masa untuk buat Latihan Industri. Rasa macam baru semalam berdebar nk masuk degree, berdebar nak kenalkan nama depan kawan-kawan baru, berdebar nak adapt dengan environment baru.
          Harini dah kena mulakan Latihan Industri (LI). ah, untuk kami belajar BSTM (Bacelor Sains dan Teknologi Makanan), UPM tempoh LI adalah selama enam bulan. sedikit lama dan sedikit melelahkan sebetulnya. walau apapun, kena percaya setiap yg diaturkan oleh Dia ada baikburuknya.

         Jadi, nak kongsi sedikit sebanyak pengalaman selama seminggu menghadapi kehidupan sebagai "budak intern". what we should do and what we should avoid, kalau dah ter buat jugak nak buat macamane kan? hehe

         sebelum buat LI cuba senaraikan apa yg kita intend nak explore sepanjang tempoh tu. ada yg suka keluar masuk lab untuk buat research. ade yg suka processing line, tgk macamana produk makanan dalam kilang. ade yg suka buat quality control. ade juga yg suka buat polisi. jadi, senaraikan semua yg kita ingat nk explore. kenapa? ini sebagai panduan untuk mohon syarikat ape yg sesuai dengan minat kita.

        lepastu, senaraikan syarikt yg sesuai dengan keinginan kita. perlu diingat bahawa student foodtech tidak hanya tertakluk kepada kilang makanan semata-mata. berdasarkan pengalaman kawan-kawan (senior), banyak bidang yg memerlukan khidmt kita. dalam masa yg sama banyak yg kita boleh belajar dari mereka. kalau rajin, banyakkan tanya dari senior untuk dpt info pasal company yg bersesuaian. kalau suka buat research lab, boleh mohon kt company yg buat lab analisis makanan. kalau suka masuk kilang, kena search kilang makanan la. hehe. kalau suka buat polisi, boleh cuba mohon di jabatan kerajaan seperti kementerian kesihatan, penguatkuasaan halal (JAKIM)etc. kalau yg berminat buat quality control boleh try approach small medium enterprise company. kebanyakan company ni, suka dapatkan khidmat fresh graduate untuk buat polisi mereka. buat senarai nama syarikat, no tel, no faks, emel, kalau boleh catat nama pegawai yg rasa-rasa terlibat dgn pengambilan pelajar (selalunya yg bahagian human resource la). senang nk kol nanti. boleh trus refer nama dia.

        then? prepare your resume. Resume tak perlu panjang-panjang sebab kebanyakan pegawai atau staf yg uruskan pengambilan pelajar praktikal, sibuk dgn benda lain. kalau korang buat resume panjang-panjang, they dont really bother to read averything.

        dah siap resume, bolehla sent application kat each preferred company. kol dulu untuk lebih berbudi bahasa. kemudian, kita hantar email dan resume. karang ayat yg sopan dan jelas masa hntar email. ramai pegawai tak berpuashati dengan adab pelajar menulis email jadi sedikit sebanyak mungkin menyebabkan mereka kurang selesa dgn kita.
lepas dh sent email, jangan lupa follow up. Telefon diorang few days after sent email. kalau xde respon, telefon lagi. lagi dan lagi. ah, enam bulan lepas aku sent email pada satu company, dan stf mereka kata kami dh terima dan akan buat penilaian. one months after that, mereka kata penilaian masih berjalan. three months after that diorang kata, maaf syarikat kami dh berhenti ambil pelajar LI. Tepuk dahi.
so, taknak korang rasa macam aku, rajin-rajin lah kol diorang walaupun tebal muka berinci-inci. hehe

        prepare untuk interview. ade yg akan panggil untuk interview. takkanlah? ade, biasa lah tu. nothing comes for free kan? even untuk LI pun. prepare mental dan fizikal. tgk syarikat tu pasal ape, review sikit2 pasal bidang kerja mereka. cara nk buat analyis ke, cara nk apply sijil halal ke, cara nak buat HACCP ke, anything yg berkaitan dengan company tu. okeh?

         Bila dh dapat tempat LI. JANGAN buat benda ni pulak,

a. jangan lupa tanya pasal elaun. bukan mata duitan ye, tapi hidup perlu diteruskan dan kita pun taknak buat kerja dalam paksaan. nak makan lagi, nak menyewa rumah lagi. kalau perlu la.

b. jangan datang lambat. hari first LI aku dtg lambat. can u imagine? mana nk letak muka sendiri pun taktau. salah sendiri sebab lupa nk survey jalan ke tempat tu jammed atau tak waktu pagi. so, aku lambat. separuh hari aku tercongok sebab akak yg handle student LI buat tak layan je dgn aku. ekeke. silap sendiri. but lepastu, dia ok je.

c. jangan lupa cari kawan. kau boleh hidup seorang, tapi berjemaah lebih baik. ade pepatah mengatakan kambing yg bersendirian akan dimakan oleh serigala. lagipun, member penting utk buat luahan perasaan, untuk kongsi menyewa, untuk sesame masak kalau korng sewa kt luar rumah. untuk share kereta pergi kerja hari-hari. enam bulan oi, enam bulan. mau ke redah sensorang? hehe.

d. jangan lupa behave. lebih elok kalau korang tak pamerkan segala kebijaksanaan dalam masa yg terdekat. bukan ape, manusia ni hati lain-lain. mungkin mereka meluat kalau kita over react, atau mungkin mereka akan rasa tak selesa dgn kehadiran org baru macam kita. take time untuk analyse keadaan sekeliling dan barulah atur langkah yg sesuai untuk adapt.

e. jangan lupa catat. ape pun yg korang belajar atau lalui, jangan lupa catat. esok lusa pensyarah dtg tanya mcm-mcm kita mungkin akan lupa sebab gelabah. jadi catat je, lebih selamat. ade company yg suka kita bentangkan apa yg kita dh pelajari dari mereka. jadi kalau dh catat, senanglah nk prepare untuk pembentangan kan? tak gitu?

ah, itu je lah kot yang terlintas di fikiran. kalau ade sahabat lain yg nak menambah, boleh lah.
till then, sampai ketemu,
salam alaik

p/s : aku LI kat mana sebenarnya?






UNIT PROTEIN DAN TEKNOLOGI MAKANAN

Assalamualaikum... *sila jawab, tak jawab dosa. ececece ;) 

Saya perkenalkan diri, nama samaran Miss Blur. Izinkan saya membahasakan diri kau aku. Tak formal, tapi buat kita sejiwa. Konon-kononnya. 

Aku buat latihan industri dekat MPOB. Nama panjangnya Malaysian Palm Oil Board. Ramai jugak yang internship dekat MPOB ni. Mana-mana yang minat dalam bidang R&D research and development ni boleh la buat permohonan untuk internship dekat sini. Seronok.... Sebab aku suka benda-benda reasearch ni. InsyaAllah takkan menyesal. Aku ditempatkan di bahagian Food Technology and Nutrition. Setakat seminggu aku dekat MPOB ni, aku tak menyesal lagi la. Malah aku berasa gembira.... Mungkin sebab bahagian aku tu seronok dan penyelia aku yang agak sibuk minggu pertama aku masuk. Lepas ni mungkin aku pulak yang sibuk. Nak tahu apa aku buat? jeng jeng jeng....

Aku kena run experiment untuk buat product baru Vitamin E Emulsion. Nampak macam seronok, macam scary. Tapi aku suka. Seminggu pertama ni aku mencari bahan jela mengenai Vitamin E dan jugak process emulsion ni dilakukan. InsyaAllah by next week da boleh start run experiment. Tak sabar, excited. Elakkan menangis je lepas da buat. HAHAHA. 

Ada apa-apa perkembangan, aku akan menaip di blog ini. weeee. Selamat malam ! ^_^


-Miss Blur-



Thursday, 20 February 2014

Unit pemakanan, MPOB

Salam, Hai !

Haha, semua macam tak nak start dulu.. Tak pe, biar saaaya yang mulakan :)

Bila baca surat tawaran dapat Unit Pemakanan, assume akan buat test on product lah. Tapi bila sampai-sampai, jumpa supervisor (alhamdulillah, baik, lembut orangnya), beliau berkata:

" Hmm, awak food-tech ye? saya tak tahu awak belajar apa tapi mungkin ada kaitan sikit je la. lebih kepada bio-tech saya rasa *angguk angguk tak pe~ saya okay je*. Saya sekarang tengah buat research, so, awak tolong staff saya lah. Awak nanti buat kerja-kerja berkaitan dengan tikus taw. Saya harap awak okay."

HAHA. Termangu seketika. Nasib baik bukan jenis geli nak pegang (with gloves) tikus putih bersih gebu comel itu.

Research yang Dr. jalankan macam, beri makanan tikus (diet namanya) bersalutkan 3ml minyak (lain-lain jenis). So, nanti at the end of research, apa yang jadi kat tikus tu.

Pretty interesting sebenarnya walaupun kerja ngan tikus. haha. Tikus putih. Bersih gilaaa.

Nanti dah mintak izin ambil gambar kita update yewp :)

Tak semua unit pemakanan macam ni, ikut supervisor :)

Wednesday, 19 February 2014

Faculty of Food Science and Technology, UPM

Faculty of Food Science and Technology has been recognized as a 5 star Faculty in UPM for three (3) consecutive years from 2010 to 2012 and will pursue excellence for years to come.


There are many facilities provided at the faculty: 7 buildings (Food 1, 2, 3, 4, 5, 6,7) where lecture halls, all kinds of laboratories, cyber rooms, meeting rooms, surau and others are situated. Faculty of Food Science and Technology also has a cafe at Food 1 and Food 6.


source: official web of Faculty of Food Science and Technology, UPM